Anda Tahu Apa Itu Anai-Anai??

• Anai-anai hidup dan bekerja dalam kumpulan-kumpulan, yang sejumlah besar ahlinya bekerjasama,yang dinamakan koloni.

• Anai-anai juga mempunyai sistem mengagihkan fungsi dan tugas yang tersusun di kalangan koloni,jenis anai-anai yang berbeza yang mengerjakan tugas masing-masing selalunya dikenali sebagai kasta.

• Kasta dalam koloni anai-anai ialah permaisuri-permaisuri,raja-raja, pekerja-pekerja,askar-askar dan alat-alat.

• Permaisuri dan raja anai-anai membiak untuk menambah semua ahli lain dalam koloni itu.

• Pekerja mengumpul makanan dan memberi makan kasta-kasta lain dengan memuntahkan makanan. Pekerja juga melakukan semua pembinaan sarang dan terowong.

• Askar mempertahankan koloni dan boleh menggigit musuh (contohnya, semut) atau menyembur musuh dengan cecair yang melekit atau yang mengandungi bahan kimia.

• Alat merupakan jenis yang boleh terbang yang boleh mengawan dan membiak. Alat akan terbang meninggalkan sarang dan membentuk sarang baru yang mana sepasang alat akan menjadi raja dan permaisuri. Pada mulanya alat perlu memberi makan kepada anai-anai muda, tetapi apabila koloni membesar, anai-anai yang belum matang ini akan diberi makan oleh para pekerja. Perut permaisuri akan beransur-ansur menjadi besar agar dia boleh bertelur dengan banyaknya.

Anai-Anai Sebagai Makhluk Perosak,YE KE??

Apabila anai-anai menjadi makhluk perosak, ia boleh menyebabkan banyak kerosakan kerana ia hidup dalam koloni-koloni besar yang mengandungi banyak ahli.

Anai-anai juga mungkin menyerang lebih daripada satu rumah. Ia juga boleh menyerang bahagian atas bangunan-bangunan berbagai tingkat. Ini menyebabkan kerosakan pada kayu di dalam rumah, tiangtiang kayu, pagar-pagar, kayu landas kereta api, dan plastik yang digunakan untuk menebat wayar elektrik. Sesetengah spesies boleh merosakkan atau membunuh pokok-pokok tanaman dan pokok-pokok lain.

Spesies anai-anai yang paling bersifat memusnah di Malaysia adalah daripada sekumpulan yang dinamakan “Coptotermes.” Sarangnya terletak di bawah tanah.

Anai-anai memasuki rumah melalui rekahan-rekahan pada dinding atau lantai atau melalui pembuluh pembuluh elektrik dan paip-paip air di dalam dinding. Anai-anai boleh bergerak di dalam bangunan melalui celah-celah di belakang jubin dinding, panel, dan rangka pintu dan tingkap. Anai-anai membina laluan atau landasan yang diliputi tanah apabila bergerak di kawasan yang terbuka.

Kehadiran anai-anai selalunya tidak disedari sehingga banyak kerosakan yang berlaku kerana anai-anai tidak memakan bahagian luaran sesuatu barangan agar ia tidak kelihatan. Bahagian dalaman sesuatu barangan yang telah dimakannya akan dipenuhi dengan tanah atau bahan kayu yang separuh cerna (“karton”).

Pengesanan & Pemeriksaan Anai-Anai Perlu Di Lakukan SEGERA!!

Kerosakan yang dilakukan adalah lebih cepat dan teruk Wujudnya tanah dan karton. Laluan yang dibina daripada tanah boleh dilihat merentasi kayu atau permukaan dinding, atau menonjol dari dinding,
rangka pintu, rangka tingkap, kambi kayu sekeliling lantai, lantai parket dan soket elektrik, paip air atau paip di dinding. Tanah sering disembunyikan di dalam rekahan dan kelihatan cuma sedikit sahaja. Hasil sampingan aktiviti-aktiviti anai-anai seperti gentelan tanah atau tahi akan menunjukan kesan anai-anai.

Bunyi lompang yang perlahan dikeluarkan oleh kayu yang rosak apabila ia diketuk. Kayu yang rosak hanya diketahui apabila dicucuk atau ditekan, mendedahkan kewujudan karton di bawah lapisan kayu yang nipis. Malah kotak-kotak dan buku-buku mungkin nampak tidak rosak pada permukaan pada hal ia sebenarnya telah habis dimakan dari dalam. Bunyi kosak-kosek di dalam kayu dihasilkan oleh aktiviti aktiviti anai-anai itu sendiri.

Pilihan Kaedah Rawatan Yang Disediakan

PENILAIAN PERCUMA
Kami akan mengenalpasti dan mengesan sebarang tanda serangga untuk memastikan pelaburan anda berada dalam keadaan yang sentiasa Memuaskan Berintegriti & Berkualiti. Di bawah ini kami beri ringkasan kesimpulan kaedah-kaedah rawatan pengawalan dan penghapusan keloni anai-anai. Untuk ketahui lebih lanjut sila hubungi 03-60341624 / 019-2650031 @ sebarang pertanyaan melalui email mzratuenterprise@gmail.com


Rawatan Setempat ( Spot Treatment )

Rawatan akan di buat pada tempat yang kena serangan sahaja. Jenis rawatan inibiasanya dilakukan bagi mengawal serangan awal. Ia tidak dapat mengawal serangan lanjutan dan keberkesanannya adalah untuk suatu jangka masa pendek sahaja.

Rawatan Intensif ( Intensif Treatment )
Rawatan ini dijalankan pada keseluruhan bahagian luar dan dalam bangunan dengan memberi tumpuan kepada bahagian bangunan yang retak, stuktur kekayuan dan laluan anai-anai.

Rawatan Pemulihan Tanah ( Correntive Soil Treatment )
Rawatan ini di buat pada keseluruhan bahagian dalam dan luar bangunan dengan memberi tumpuan terhadap lantai dan tapak bangunan. Merawat selepas membina biasanya dilakukan untuk melindungi bangunan daripada kerosakan lebih teruk yang dilakukan oleh anai-anai selepas menemui anai-anai di dalam bangunan yang telah siap. Lubang-lubang digerudi di tingkat bawah di sepanjang perimeter bangunan, dan racun serangga dipam ke dalam.tanah di bawah lantai.

Rawatan Pencegahan ( Preventive Treatment )
Rawatan ini di lakukan pada bangunan dan kawasan sekitar yang belum di serang anai-anai sebagai langkah mencegah serangan.

Rawatan Tanah ( Soil Treatment )
Rawatan jenis ini dilakukan sebelum sesebuah bangunan didirikan. CST adalah bertujuan untuk membentuk satu rintangan bahan kimia untuk tempoh yang panjang di dalam tanah, Bagi mencegah serangan anai-anai dan diangap paling berkesan kerana ia dijalankan pada tiga (3) peringkat pembinaan.