Pilihan Kaedah Rawatan Yang Disediakan

PENILAIAN PERCUMA
Kami akan mengenalpasti dan mengesan sebarang tanda serangga untuk memastikan pelaburan anda berada dalam keadaan yang sentiasa Memuaskan Berintegriti & Berkualiti. Di bawah ini kami beri ringkasan kesimpulan kaedah-kaedah rawatan pengawalan dan penghapusan keloni anai-anai. Untuk ketahui lebih lanjut sila hubungi 03-60341624 / 019-2650031 @ sebarang pertanyaan melalui email mzratuenterprise@gmail.com


Rawatan Setempat ( Spot Treatment )

Rawatan akan di buat pada tempat yang kena serangan sahaja. Jenis rawatan inibiasanya dilakukan bagi mengawal serangan awal. Ia tidak dapat mengawal serangan lanjutan dan keberkesanannya adalah untuk suatu jangka masa pendek sahaja.

Rawatan Intensif ( Intensif Treatment )
Rawatan ini dijalankan pada keseluruhan bahagian luar dan dalam bangunan dengan memberi tumpuan kepada bahagian bangunan yang retak, stuktur kekayuan dan laluan anai-anai.

Rawatan Pemulihan Tanah ( Correntive Soil Treatment )
Rawatan ini di buat pada keseluruhan bahagian dalam dan luar bangunan dengan memberi tumpuan terhadap lantai dan tapak bangunan. Merawat selepas membina biasanya dilakukan untuk melindungi bangunan daripada kerosakan lebih teruk yang dilakukan oleh anai-anai selepas menemui anai-anai di dalam bangunan yang telah siap. Lubang-lubang digerudi di tingkat bawah di sepanjang perimeter bangunan, dan racun serangga dipam ke dalam.tanah di bawah lantai.

Rawatan Pencegahan ( Preventive Treatment )
Rawatan ini di lakukan pada bangunan dan kawasan sekitar yang belum di serang anai-anai sebagai langkah mencegah serangan.

Rawatan Tanah ( Soil Treatment )
Rawatan jenis ini dilakukan sebelum sesebuah bangunan didirikan. CST adalah bertujuan untuk membentuk satu rintangan bahan kimia untuk tempoh yang panjang di dalam tanah, Bagi mencegah serangan anai-anai dan diangap paling berkesan kerana ia dijalankan pada tiga (3) peringkat pembinaan.