Pengesanan & Pemeriksaan Anai-Anai Perlu Di Lakukan SEGERA!!

Kerosakan yang dilakukan adalah lebih cepat dan teruk Wujudnya tanah dan karton. Laluan yang dibina daripada tanah boleh dilihat merentasi kayu atau permukaan dinding, atau menonjol dari dinding,
rangka pintu, rangka tingkap, kambi kayu sekeliling lantai, lantai parket dan soket elektrik, paip air atau paip di dinding. Tanah sering disembunyikan di dalam rekahan dan kelihatan cuma sedikit sahaja. Hasil sampingan aktiviti-aktiviti anai-anai seperti gentelan tanah atau tahi akan menunjukan kesan anai-anai.

Bunyi lompang yang perlahan dikeluarkan oleh kayu yang rosak apabila ia diketuk. Kayu yang rosak hanya diketahui apabila dicucuk atau ditekan, mendedahkan kewujudan karton di bawah lapisan kayu yang nipis. Malah kotak-kotak dan buku-buku mungkin nampak tidak rosak pada permukaan pada hal ia sebenarnya telah habis dimakan dari dalam. Bunyi kosak-kosek di dalam kayu dihasilkan oleh aktiviti aktiviti anai-anai itu sendiri.